Wednesday, May 13, 2015

Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW

Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi SAW

Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”
Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak kata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan.

Apa keuntungan itu?

1.  Pahala yang berlipat ganda 2.  Keberkatan.
Kali ini saya nak kongsikan dengan anda tentang sunnah-sunnah makan (setakat yang saya tahu). Bolehlah kita sama-sama amalkan yer.

Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan  manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri.
Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.

Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.

Makan dengan menggunakan 3 jari. Ada orang kata, macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi. Nabi dulu takperla, baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma saja.Hmmm, tentang itu, saya ‘no comment’. Pada saya, kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang Cina pun diorang makan guna chopstick jer…2 batang kayu jer guna. OK jer apa. So, macammana boleh kata susah untuk makan guna 3 jari??
Saya sarankan kepada mereka yang nak mula amal sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam biasa.
Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”
Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni.
Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“
Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.

Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita. Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.

Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Haaa yang ni nampak macam senang jer nak amal. Tapi sebenarnya susah gak nak amal. Biasanya kita makan ni ikut nafsu.Selagi tak kenyang, selagi tu lah kita ‘melantak’. Nak-nak pulak kalau kita pi makan kat hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan cara ‘buffet’. Memang sampai nak pecah perut, baru la berhenti makan. Betul tak? Saya tak cakap pada orang lain ni, saya cakap kat diri saya sendiri…huhu

Sekian, semoga kita sama-sama dapat amal.

MASALAH KESIHATAN : KENCING MANIS




MASALAH KESIHATAN : KENCING MANIS
Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus.
PUNCA
Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.
SIMPTON / TANDA-TANDA AWAL
Simptom-simptom yang paling biasa ialah:
v Kerap membuang air kencing
v Sentiasa berasa dahaga
v Selera makan meningkat
v Letih
v Hilang berat badan
v Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan
v Luka yang lambat sembuh
v Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur
-Ahli keluarga menghidap kencing manis / keturunan
-Berusia 35 tahun ke atas dan mengalami masalah berat badan
Kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih simptom tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simptom.


KELAS / JENIS
Diabetes Primer
Jenis I (IDDM)
Jenis ini dikenali sebagai Diabetes Mellitus Bergantung Insulin kerana insulin yang dihasilkan oleh badan adalah sangat rendah dan tidak mencukupi untuk keperluan badan. Bentuk ini lebih kerap ditemui dalam kanak-kanak dan remaja. Hanya 10% daripada pesakit kencing manis yang berusia lebih daripada enam puluh lima tahun menghidapi penyakit kencing manis jenis ini. Keadaan ini boleh dirawat dengan pengawalan pemakanan dan melalui suntikan insulin.


Jenis II (NIDDM)
Jenis ini juga juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Tak Bergantung Insulin. 90% daripada kes penyakit kencing manis tergolong dalam jenis ini. Dalam Diabetes Jenis II, pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi. Ia biasanya berlaku dalam orang yang berusia lebih daripada 40 tahun. Sebilangan besar pesakit (lebih kurang 85%) adalah gemuk. Keadaan ini biasanya bersifat keturunan. Rawatan biasanya terdiri daripada pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat. Sesetengah pesakit juga memerlukan suntikan insulin.

Diabetes Sekunder
Penyakit kencing manis ini disebabkan oleh penyakit pankreas yang lain, peningkatan permintaan terhadap fungsi pankreas yang tidak normal, seperti dalam penyakit kencing manis semasa mengandung, dan yang disebabkan oleh ubat dan toksin. Lebih kurang 20 hingga 25% wanita yang mengalami diabetes gestasi, atau penyakit kencing manis semasa mengandung, akan mengalami penyakit kencing manis apabila usia mereka telah meningkat. Rawatan bagi diabetes gestasi adalah melalui pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat.
Rawatan
Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi. Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit. Cara mengawal penyakit kencing manis termasuklah pemakanan, penjagaan berat badan, senaman dan ubat.


DIET DAN DIABETESDIET DAN DIABETES
Pengawalan pengambilan diet adalah salah satu faktor yang penting di dalam pengawalan tahap gula darah. Ini merupakan kunci pengurusan bagi kedua-dua jenis Diabetis Mellitus. Pengambilan diet hendaklah sekata sepanjang hari dan hendaklah konsisten hari demi hari.
Diet Diabetis adalah diet yang sihat dan sesuai diikuti oleh semua orang. Bagi pesakit diabetis, mereka perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan kerana jenis makanan yang dimakan sangat mempengaruhi paras gula darah.
Pengambilan diet harian bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan serta keadaan penyakit anda.
Diet harian mestilah seimbang iaitu mengandungi semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan yang baik dan memberikan tenaga yang mencukupi bagi menjalankan tugas seharian. 
Cadangan pembahagian kaori : 15% Protein, 30% Lemak, 55% Karbohidrat.

MATLAMAT RAWATAN DIET
1. Untuk mengawal paras glukosa di dalam darah serta mencegah kehilangan glukosa di dalam urin.
2. Untuk mendapatkan atau mengekalkan berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian dan umur.
3. Untuk mengekalkan kalori yang mencukupi bagi melaksanakan aktiviti harian.
4. Untuk menjadikan diet yang baru ini sesuai dengan cara hidup pesakit.
5. Untuk melambatkan atau mengelakkan komplikasi diabetis.
Prinsip asas diet untuk pesakit Diabetis IDDM dan NIDDM adalah sama. Pesakit perlu memahami
3 perkara penting iaitu:
1. Apa yang hendak dimakan
2. Waktu makan yang sesuai
3. Amaun makan yang boleh dimakan.
NUTRISI YANG DIPERLUKAN
Kajian mendapati bahawa kekurangan zat galian seperti kromiun dan selenium mempunyai kesan ke atas insiden diabetis. Kromiun mempunyai fungsi untuk menyeimbangkan dan membantu mengekalkan gula darah pada mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat diabetis.

(P/S : APE PRODUK SHAKLEE YG ADE KROMIUN & SELENIUM?)
Kajian juga telah menunjukkan bahawa anti-oksidan seperti vitamin C dan E serta beta keroten ( sejenis vitamin A larut air ) boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan diabetis.
(P/S : PRODUK SHAKLEE …tentulaa VITALEA, VITAMIN C ,VITAMIN E & CAROTOMAX …)


PENGAMBILAN SERAT YANG BETUL
Serat atau serabut diet boleh didapati dalam bentuk larut ( yang larut dalam air - ia membantu penyerapan nutrien ) dan serat tak larut ( tidak dapat dihadam oleh sistem pencernaan - membantu mengelakkan sembelit ). Serat yang tak larut boleh digunakan  di dalam usahamengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan. Pengambilan serat larut membantu melambatkan penyerapan gula dan kolestrol ke aliran darah. Saranan pengambilan serat : 30 - 40 gm. sehari.
Contoh makanan yang mengandungi serat :
Sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijirin sarapan pagi, jagung, pasta dan sebagainya.
(P/S : PRODUK SHAKLEE.. SERAT – tentulaa ALFALFA.. )
Suggest supplement Shaklee
sugar control set = VITALEA- multivitamin,
VITAMIN C - membantu dlm penyembuhan luka, mengurangkan asid urik dlm badan,
ALFALFA - bantu dalam mengurangkan keradangan,mencuci usus bagi membuang toksik,meneutralkan asid dlm badan
GLA COMPLEX - membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis,dapat membantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol
ZINC- membantu dalam menyembuhkan luka, Komponen penting bagi insulin
ESP- Menyokong kesihatan imunisasi badan , membantu dalam penyerapan supplement lain dgn lebih baik.
~ Credit to Nor Hana ~

Sumber :
More Info :








Thursday, April 30, 2015

Masalah Cairan Faraj: Putih Tidak Semestinya Suci

Masalah Cairan Faraj: 

Putih Tidak Semestinya Suci

From:Dr. Ayu Akida

Sumber: www.theguardian.com
Sumber: www.theguardian.com
Seperti pepatah Inggeris, sharing is caring, dan wanita merupakan golongan yang sangat penyayang. Namun salah satu perkara kita jarang suarakan (tetapi selalu ambil berat) adalah apabila merasakan sesuatu tidak kena di bahagian sulit. Rasa malu, bersalah, stigma, atau apa-apa yang mungkin, hal ini bukanlah sesuatu yang ingin dibincang ketika sesi minum kopi atau sesi sembang mingguan bersama sahabat wanita lain. Tetapi perkara ini masih perlukan perhatian. Oleh itu, demi pencerahan, mari kita kupas isu discaj keputihan faraj.
Keputihan atau lendir yang keluar dari faraj sebenarnya aduan yang biasa diterima di pusat perubatan primer. SEMUA wanita akan mengalami keputihan pada satu ketika dalam hidup mereka. Wanita tidak perlu berasa malu tentang hal ini. Biasanya perkara ini sesuatu yang normal dan disebabkan fungsi fisiologi badan. Cairan faraj biasanya putih atau jernih dan tidak berbau busuk. Cairan faraj normal juga dikenali sebagai cairan vagina fisiologi.
Badan wanita adalah unik, dalam erti kata lain ianya sedikit sebanyak dikawal hormon. Hormon-hormon ini melalui kitaran perubahan (yang memainkan peranan dalam kesuburan dan kitaran haid). Oleh demikian, cairan faraj fisiologi (baca: normal) bermaksud badan wanita mengalami cairan berlendir yang dipengaruhi hormon dalam badan. Selain proses badannya sendiri, wanita turut mengalami cairan faraj jika dia mengambil hormon perancang keluarga, yang seterusnya menyebabkan perubahan dalam kitaran hormon dalam badan. Apabila wanita meningkat umur, hormon-hormon ini akan berkurangan dan ini akan mengurangkan kadar pengeluaran cairan faraj.
“Bagaimana saya tahu apa yang normal dan apa yang tidak? Pfftt, saya bukan doktor..” ini salah satu frasa yang biasa didengar. Syabas kepada wanita yang mempunyai naluri untuk tahu bila mereka perlukan nasihat perubatan untuk keadaan mereka; tapi bagi mereka yang mungkin kabur atau keliru, berikut adalah senarai gejala yang menandakan perlunya rawatan doktor secepat mungkin:
  1. Kadar keputihan semakin meningkat.
  2. Perubahan warna: cairan mungkin berwarna kuning – hijau kekuningan.
  3. Perubahan kepekatan: cairan berketul.
  4. Cairan berbau busuk atau masam.
  5. Cairan berdarah
  6. Terdapat gejala lain yang berkaitan seperti demam, kegatalan, keradangan, sakit ketika membuang air kecil, sakit di bahagian bawah abdomen, pengurangan berat badan tanpa sebab, sakit ketika senggama atau pendarahan selepas senggama.
Apakah maksud senarai ini sebenarnya? Tanda – tanda ini merupakan amaran yang menandakan perlunya perhatian mendalam kepada permasalahan yang ada. Namun apa yang ia benar-benar memberitahu ialah rawatan perubatan diperlukan segera kerana mungkin berlaku salah satu yang dinyatakan dibawah
  1. Jangkitan bukan penyakit kelamin: Terdapat pelbagai jangkitan yang boleh menyebabkan cairan faraj tetapi biasanya dikaitkan dengan gejala lain, bergantung kepada jenis mikroorganisma terlibat. Biasanya Candidiasis dan jangkitan Bacterial vaginosis.
    • Candidiasis merupakan jangkitan kulat yang mengakibatkan cairan faraj berketul dan keputihan diikuti kegatalan dan rasa pedih. Kemungkinan mendapat jangkitan ini meningkat sekiranya wanita tersebut menghidapi diabetes mellitus, mengambil antibiotik, atau tekanan.
    • Bacterial vaginosis sering menyebabkan pengeluaran cairan berlebihan berwarna kelabu dan berbau hanyir. Jangkitan ini selalunya tidak dikaitkan dengan kegatalan.
  2. Jangkitan kelamin (STI): Jangkitan organisma seperti Neisseria gonorrhea (mengakibatkan gonorrhea) dan Chalmydia trachomatis (mengakibatkan chlamydia).
  3. Penyakit Radang Pelvik (PID): Istilah yang luas untuk jangkitan yang memberi kesan kepada organ reproduktif wanita dan turut meliputi pelbagai jenis jangkitan, biasanya jangkitan kelamin. Tapi ia juga boleh disebabkan oleh perebakan jangkitan dari sumber lain seperti melalui darah atau penggunaan intra-uterine device untuk tujuan perancangan keluarga.
  4. Kanser: Kanser pangkal rahim boleh memberi tanda-tanda lain tetapi yang kerap dilihat pesakit yang mengalami cairan vagina berwarna perang atau cairan berdarah.
  5. Penyebab-penyebab lain termasuk tampon atau kondom yang ditinggalkan terlalu lama, alahan kimia, tindak balas alahan, perubahan atrophic dan ectropion.
Terdapat penyebab lain untuk cairan faraj. Pada tahap ini, yang paling penting adalah untuk memeriksa diri untuk tanda-tanda amaran. Langkah seterusnya, dapatkan pemeriksaan perubatan yang melibatkan sesi soal-jawab oleh doktor diikuti pemeriksaan fizikal. Doktor juga mungkin akan meminta beberapa ujian dijalankan untuk memberi diagnosis yang tepat untuk memberi rawatan terbaik sedia ada. Bagi mereka yang segan untuk pergi pemeriksaan, yakinlah pemeriksaan ini sama di mana-mana, dan doktor anda tidak melakukan sesuatu diluar kebiasaan, hanya kesihatan anda diutamakan.
Sumber: www.babyhopes.com
Sumber: www.babyhopes.com
Jika anda tidak pernah mengalami cairan faraj atau telah sembuh dari jangkitan, terdapat langkah-langkah untuk mengurangkan kemungkinan jangkitan atau jangkitan semula. Amalan kebersihan diri yang baik adalah perlindungan baris pertama. Penjagaan kebersihan bahagian sulit dan memastikannya kering adalah sangat penting. Sentiasa ingat dan jalankan pengamalan seks selamat seperti menggunakan kondom untuk mengelakkan jangkitan kelamin dan sedar akan amalan seks pasangan anda.
Paling penting, kenali badan anda dan perhatikan apa-apa perubahan yang berlaku. Sekiranya perlu, dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin. Pada masa akan datang jika ada sahabat, saudara, atau anda sendiri berada dalam keadaan begini, rujuklah semula kepada laman ini.

Rujukan:
  • Spence, D, & Melville, C 2007, ‘Vaginal discharge’, BMJ (Clinical Research Ed.), 335, 7630, pp.1147-1151, MEDLINE with Full Text, EBSCOhost, viewed 21 October 2013.
  1. French, L, Horton, J, & Matousek, M 2004, ‘Abnormal vaginal discharge: what does and does not work in treating underlying causes’, The Journal Of Family Practice, 53, 11, pp. 890-894, MEDLINE with Full Text, EBSCOhost, viwed 21 October 2013

Tips menjayakan penyusuan di tempat kerja

Tips menjayakan penyusuan di tempat kerja
  1. Perancangan awal – maklumkan kepada majikan sebelum kelahiran anak tentang rancangan untuk menyusukan anak. Dapatkan maklumat tentang polisi syarikat terhadap penyusuan di tempat kerja. Sekiranya syarikat tersebut tidak menyediakan tempat khas untuk mengepam susu ibu dan menyimpannya, anda mungkin perlu membuat persediaan bagi membolehkan perkara tersebut dilakukan. Cari tempat sesuai untuk mengepam dan menyimpan susu ibu tanpa gangguan.
  1. Sekiranya anda akan mengepam susu di pejabat, sediakan kad ‘jangan ganggu’ untuk diletakkan di pintu. Jika anda bekerja di cubicle di mana hampir tiada privasi, minta sebuah bilik yang membolehkan anda mengepam susu sendirian tanpa gangguan atau teruskan mengepam di meja anda. Saya pernah bertemu dengan ibu-ibu yang telah mengepam susu di meja kerja menggunakan kain litup sambil bertugas. Saya juga mengenali seorang pramugari yang mengepam susu ketika bekerja di atas kapal terbang!
  1. Beritahu rancangan anda kepada rakan sekerja. Mereka mungkin tertanya-tanya ke mana anda pergi beberapa kali sehari. Oleh itu, jelaskan tentang rancangan penyusuan anda dan jadikan mereka sebagai pasukan sokongan. Terangkan dan yakinkan mereka bahawa penyusuan tidak akan menjejaskan produktiviti di tempat kerja.
  1. Gunakan masa dengan bijak. Kerja-kerja ringan seperti membaca dan membalas email boleh dilakukan semasa mengepam susu. Contohnya menggunakan masa mengepam sebagai sesi pembelajaran seperti baca majalah ilmuan dan sebagainya
  1. Makan dengan sihat dan banyakkan minum air. Ramai ibu yang kembali bekerja mengalami penurunan kadar susu yang dihasilkan. Dinasihatkan untuk ibu-ibu memastikan badan terhidrat dengan meminum banyak air dan makan dengan sihat. Elakkan kafein dan alkohol.
  1. Pastikan jangkaan anda realistik. Tidak semua ibu mampu menghasilkan 5-6oz susu ibu pada hari pertama kembali bekerja. Stres boleh memberi kesan kepada kadar penghasilan susu ibu. Oleh itu, amalkan pemikiran positif. Meneruskan penyusuan anak selepas kembali bekerja merupakan pencapaian yang sangat baik. Jangan letakkan jangkaan yang terlalu tinggi untuk penghasilan susu ibu. Tugasnya tidak mudah, tetapi setiap sesi mengepam atau penyusuan akan membuat anda lebih cekap melakukannya.
  1. Buat kumpulan sokongan – contohnya mempunyai kumpulan Whatsapp yang terdiri daripada rakan-rakan yang turut menyusukan anak mereka, sedang hamil, atau pernah menyusu. Sokongan saling diberikan dengan memberi tip dan galakkan dengan berkongsi pengalaman. Pastinya di tempat kerja anda terdapat wanita lain yang pernah menjalani pengalaman yang sama. Sekiranya tidak mengenali sesiapa, layari forum di internet dan kumpulan sosial media untuk berhubung dengan ibu-ibu susuan lain. Ketahuilah bahawa anda tidak berseorangan.
Sama ada mereka memutuskan untuk menyusukan anak mereka sepenuhnya, sebahagian formula atau menyusukan hanya ketika dalam pantang – semua ibu wajar diberi sokongan sepanjang tempoh penyusuan. Cuti bersalin yang lebih panjang, polisi mesra penyusuan, dan peruntukan di tempat kerja tentunya akan menggalakkan ibu-ibu di Malaysia untuk menjayakan penyusuan anak dengan lebih lama. Saya berharap perkara ini boleh dicapai dengan sokongan orang ramai dan kesedaran yang lebih tinggi dalam masyarakat.
Maklumat dan rujukan untuk sokongan penyusuan.

Sayangi Buah Pinggang Anda

Sayangi Buah Pinggang Anda 

from Dr. Nur Hidayati

2015-01-29-WorldKidneyDay
Picture: www.huffingtonpost.com
Antara perkara yang paling saya benci adalah memberitahu seorang pesakit bahawa mereka perlukan khidmat dialisis. Saya benci kenapa ramai di kalangan masyarakat tidak peka tentang betapa berharganya buah pinggang mereka. Tahukah anda bahawa buah pinggang adalah antara organ yang sukar untuk diganti. Walaupun kita ada mesin dialisis dan rawatan transplan buah pinggang, ianya tidak dapat setanding dengan buah pinggang milik anda sendiri.
Apakah fungsi buah pinggang?
Buah pinggang adalah organ yang bertanggungjawab untuk mennyingkirkan sisa buangan dan toksin daripada badan kita. Tahukah anda – setiap hari – buah pinggang kita menapis sebanyak 110 hingga 140 liter darah untuk menghasilkan 1-2 liter air kencing. Air kencing ini mengandungi bahan buangan dan air yang berlebihan.
Penghasilan air kencing membabitkan beberapa proses penyingkiran dan penyerapan semula yang amat kompleks. Proses ini penting untuk memastikan keseimbangan kimia dalam badan kita.
Buah pinggang juga menjaga keseimbangan kandungan garam potassium, sodium dan asid dalam badan. Jika keseimbangan ini tidak dijaga, tahap kandungan garam dan asid dalam badan kita boleh menjadi tinggi dan ini boleh membahayakan nyawa kita.
Buah pinggang juga menghasilkan berbagai hormon yang mempengaruhi fungsi organ lain dalam badan kita. Contohnya, ia menghasilkan hormon erythropoietin untuk merangsang penghasilan sel darah merah. Ia juga menghasilkan hormon yang mengawal tekanan darah kita. Ia juga berkerja keras untuk memastikan tulang kita kuat dan sihat melalui metabolisme kalsium serta penghasilan vitamin D.
Apa yang berlaku kalau buah pinggang tidak berfungsi?
Antara simptom penyakit buah pinggang termasuk berat badan menurun tanpa sebab, rasa loya atau muntah, letih, lesu atau sakit badan. Individu yang mengalami kegagalan buah pinggang juga boleh mengalami kencing yang berkurangan, air kencing berbuih atau air kencing yang mengandungi darah. Mereka juga boleh mengalami edema atau bengkak pada muka, kaki, abdomen sehingga ke seluruh badan. Bagi peringkat yang serius, ada yang mengalami pengumpulan air dalam paru-paru hingga mengakibatkan kesukaran bernafas.
Malangnya, semua gejala ini kebiasaannya tidak akan kelihatan sehinggalah buah pinggang mengalami kerosakan yang teruk. Ada juga kemungkinan anda langsung tidak akan mengalami sebarang tanda berkenaan walaupun buah pinggang sudah tidak berfungsi lagi.
Oleh sebab itu, kita perlu mengesan pengakit kegagalan buah pinggang ini dari peringkat awal lagi. Ini amat penting bagi individu yang berisiko tinggi untuk menghidap penyakit buah pinggang seperti pesakit kencing manis dan darah tinggi.

Artikel ini diterbitkan sempena Hari Buah Pinggang Sedunia (12 Mac 2015). Mari bersama sayangi buah pinggang masing-masing kerana buah pinggang yang sihat merupakan anugerah yang tidak ternilai. Dr Nur Hidayati merupakan doktor bahagian perubatan dalaman di sebuah universiti tempatan. Kenali beliau dengan lebih lanjut di The Team.

8 Fakta Tentang Penyusuan Semasa Bencana Alam

8 Fakta Tentang Penyusuan Semasa Bencana Alam

From Dr. Nur Hidayati

10479337_10152638325782903_4639604971980481094_o
  1. Penyusuan bayi dapat menyelamatkan nyawa semasa bencana melanda.
    Susu ibu bukan sahaja mengandungi nutrisi lengkap untuk bayi, ia juga mengandungi antibodi yang dapat melidungi bayi dari jangkitan kuman dan penyakit. Semasa bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya – kita terdedah dengan ancaman penyakit berjangkit seperti kolera, demam kepialu, cirit-birit dan sebagainya akibat persekitaran yang kotor, air yang tercemar dengan kumbahan dan bangkai haiwan. Kanak-kanak dan bayi terutamanya adalah golongan yang mudah diserang oleh penyakit dalam keadaan begini. Makanan yang paling selamat bagi bayi adalah susu ibu. Oleh itu – amat digalakkan untuk para ibu untuk meneruskan penyusuan di kala menghadapi bencana alam. 2. Tekanan dan kelaparan tidak menjejaskan kualiti dan jumlah susu ibu yang dihasilkan
    Kebanyakan ibu risau tidak dapat meneruskan penyusuan semasa bencana akibat tertekan dengan persekitaran serta mereka sendiri berfikir yang keadaan ibu yang lapar tidak mampu menghasilkan susu untuk bayi. Ini tidak benar sama sekali. Susu ibu dihasilkan dengan menggunakan stor simpanan di dalam badan ibu. Nutrisi yang dikandung dalam susu ibu tidak terjejas walaupun si ibu dalam keadaan kebuluran. Yang penting, si ibu perlu diberikan sokongan moral dan emosi untuk teruskan menyusu anak mereka. Kepada tenaga bantuan bencana alam, adalah penting untuk memastikan ibu-ibu yang menyusu mendapat ruang yang lebih privasi untuk memudahkan ibu menyusu dengan aman. Berikan keutamaan bekalan makanan untuk si ibu yang menyusu supaya mereka lebih bertenaga untuk meneruskan penyusuan dan menjaga keperluan bayi mereka. Jika jumlah susu badan berkurangan, galakkan ibu untuk menyusu lebih kerap – setiap 2 jam sekali atau 8-12 kali dalam sehari
  1. Bayi yang kurang sihat lebih memerlukan susu badan
    Kanak-kanak dan bayi 5 kali lebih mudah meninggal dunia, mengalami dehidrasi melampau akibat diserang penyakit berjangkit khasnya diarrhea (cirit-birit). Bayi yang menyusu badan mempunyai kurang risiko untuk mengalami cirit-birit. Bagi bayi yang telah diserangkan penyakit, teruskan penyusuan bayi kerana susu ibu mengandungi faktor imun dan nutrien yang dapat membantu melawan penyakit. Malah susu ibu mengandungi kandungan air yang tinggi dan mampu mengurangkan risiko dehidrasi. Air kosong, teh, air garam atau ‘electrolyte solutions’ bukan lah alternatif yang sama baik jika dibandingkan dengan susu ibu.
  1. Bagi ibu yang tidak pernah menyusukan badan – mereka boleh memulakan semula penyusuan
    Untuk ibu yang tidak pernah menyusu, mungkin mereka beranggapan adalah mustahil untuk mereka memulakan penyusuan semula khususnya semasa keadaan yang tertekan seperti bencana alam. Namun, tiada yang mustahil dalam hidup ini. Proses untuk memulakan penyusuan bayi dinamakan relaktasi. Ada banyak cara dan teknik yang boleh digunakan untuk memperkenalkan bayi kembali kepada penyusuan badan.
  2. Susu formula boleh membahayakan bayi khususnya yang berusia kurang dari 6 bulan
    Keadaan persekitaran yang kotor dan tiada bekalan air bersih atau kemudahan memasak boleh menyebabkan kesukaran untuk menyediakan susu formula yang selamat. Jika si ibu perlu memberi susu tepung formula untuk bayi atau anak mereka, diingatkan untuk HANYA menggunakan air bersih yang telah dididih sekurang-kurangnya 1 minit lebih pada suhu tinggi. Ini untuk memastikan kuman dalam air mati dan tidak membawa mudarat. Bekas susu yang digunakan juga perlu dibasuh dengan air bersih dan dinyahkuman dengan seeloknya. Bagi ibu yang menyusu badan secara langsung, langkah keselamatan ini tidak diperlukan kerana susu badan sudah dalam keadaan steril.
  3. Penyusuan bayi memudahkan si ibu Bagi ibu yang menyusu badan – adalah mudah untuk mereka menyusu di mana-mana mereka berada. Malah, mereka boleh menggunakan kain gendong untuk membantu mereka menyusu ‘on-the-go’ di tempat awam ataupun keadaan bergerak sekalipun. Juga, mereka tidak memerlukan alatan tambahan seperti alat sterilisasi, botol susu, bekas air masak dan sebagainya untuk menyediakan susu mereka kerana susu badan sudah tersedia untuk digunakan. Ini memudahkan si ibu untuk bergerak menyelamatkan diri tanpa dibebankan untuk membawa bekalan susu tepung dan alatan tambahan untuk menyusu.
  1. Penyusuan bayi dapat menenangkan bayi dan ibu: Semasa menyusu – hormon oksitosin dirembeskan. Hormon ini berupaya untuk menenangkan emosi ibu yang tertekan akibat menghadapi bencana. Bayi yang menyusu juga senang ditenangkan kerana semasa menyusu, si bayi berada di dalam dakapan erat ibu. Keadaan ini menggalakkan rasa selamat dan aman bagi si bayi.
  2. Penyusuan bayi membantu regulasi suhu badan bayi: Semasa bencana, bayi terdedah dengan hawa sejuk dan panas persekitaran. Penyusuan bayi dapat melaraskan suhu bayi melalui mekanisma termoregulator yang diaktifkankan oleh dakapan kulit ibu ke kulit bayi secara langsung (direct skin to skin). Dengan cara ini kita dapat melindungi bayi dari kesan ‘hypothermia’
Rujukan:
http://www2.aap.org/breastfeeding/files/pdf/infantnutritiondisaster.pdf
Infografik atas ehsan Puan Rita Rahayu IBCLC bagi pihak Malaysian Breastfeeding Peer Counsellor

Friday, April 24, 2015

LAAA.. SILAP KE BANCUH SUSU ANAK SELAMA NI?

Assalamualaikum para ibu dan bapa semua...

ramai yang ambil mudah.. dan kadang-kadang memang tak penah tahu punnnn... cara sebenar nak bancuh susu anak...

noru tak cakap orang lain laa... anak sulung.. Husna .. kalau bancuh susu untuk dia... 
1. buh air panas...
2. pastu buh susu... ayak ayak skit.. bagi masak susu tu.. 
3. pastu baru buh air masak.
4. rasa.. ok xpanaas bagi dia minum..

ish.. ish.. salah rupernye.. ada tak uols pun membuat kesilapan ni... ? ke i jer? kikikiki
pastu ade seorang kawan pulak cakap.. " Saya biasa buat guna air panas je... kalau nak bawak g jalan... nanti anak nak minummm masa tu dah suam"

haaaa... sama jugak konsep nye... S.A.L.A.H yer hakakkkk..



Kenapa ? 

1) Air panas yang baru lepas di masak dan suhunya atas 70 celcius tidak boleh dituangkan dahulu, ini kerana akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu anak-anak kita.
2) Air yang terlampau panas akan bertindak balas dengan botol susu anak kita, jika botol bukan free BPA lagi merisaukan kerana takut pengewapan akan membebaskan bahan kimia ( material botol susu) itu.

Sebelum ini, saya juga tidak tahu mengenai ini sehingga saya terbaca di facebook mengenai pertanyaan penyediaan susu formula. Jadi sama-samalah kita amalkan penyediaan susu formula anak-anak kita dengan betul supaya nutrisi-nutrisi dapat diserap dengan elok.

Langkah-langkah yang betul untuk penyediaan susu si manja :-

1) Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.

2) Lepas itu baru tuangkan  sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu     suam
     **Contoh sukatan : 4 oz air masak , 1 oz air panas untuk susu 5oz **

3) Tambahkan susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan               menggunakan sudu yang dibekalkan.

4) Tutup botol. dan goncangkan sehingga larut dan sebati.

5) Uji suhu dengan menunggangkan botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas.


Ada Kaedah lain ? ada lagi satu kaedah yang betul boleh kita lakukan tetapi banyak step sikitlah :) ini di ambil dari Gov website .


 Note 1 : Mungkin masih ada cara-cara lain untuk membancuh susu yang betul , tetapi tujuannya adalah sama untuk pastikan susu tidak kehilangan nutrien.

Note 2 :Jangan menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave)
untuk menyediakan atau memanas semula susu. Pemanasan ketuhar
gelombang mikro yang tidak sekata boleh menyebabkan 'titik panas’ (hot
spots) di dalam susu. Keadaan ini akan menyebabkan mulut bayi melecur


Sebenarnya langkah-langkah di atas adalah salah!.Kenapa ? 
1) Air panas yang baru lepas di masak dan suhunya atas 70 celcius tidak boleh dituangkan dahulu, ini kerana akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu anak-anak kita. 2) Air yang terlampau panas akan bertindak balas dengan botol susu anak kita, jika botol bukan free BPA lagi merisaukan kerana takut pengewapan akan membebaskan bahan kimia ( material botol susu) itu.
Sebelum ini, saya juga tidak tahu mengenai ini sehingga saya terbaca di facebook mengenai pertanyaan penyediaan susu formula. Jadi sama-samalah kita amalkan penyediaan susu formula anak-anak kita dengan betul supaya nutrisi-nutrisi dapat diserap dengan elok. 
Langkah-langkah yang betul untuk penyediaan susu si manja :-
1) Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.
2) Lepas itu baru tuangkan  sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu     suam
     **Contoh sukatan : 4 oz air masak , 1 oz air panas untuk susu 5oz **

3) Tambahkan susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan               menggunakan sudu yang dibekalkan.
4) Tutup botol. dan goncangkan sehingga larut dan sebati.
5) Uji suhu dengan menunggangkan botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas.


Ada Kaedah lain ? ada lagi satu kaedah yang betul boleh kita lakukan tetapi banyak step sikitlah :) ini di ambil dari Gov website .




 Note 1 : Mungkin masih ada cara-cara lain untuk membancuh susu yang betul , tetapi tujuannya adalah sama untuk pastikan susu tidak kehilangan nutrien.

Note 2 :Jangan menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave)
untuk menyediakan atau memanas semula susu. Pemanasan ketuhar
gelombang mikro yang tidak sekata boleh menyebabkan 'titik panas’ (hot
spots) di dalam susu. Keadaan ini akan menyebabkan mulut bayi melecur
- See more at: http://butiksihatcomel.blogspot.com/2015/04/6-kesilapan-ketika-membancuh-susu.html#sthash.N4Ib1Y6Z.dpuf